Jom kita teroka model 3E 3T 3R ini!
Model ini adalah kerangka kerja yang membantu kita merancang pengajaran yang lebih efektif menggunakan teknologi. Ia singkatan kepada:
Klik pada setiap kad untuk lihat contohnya!
Fasa di mana pelajar meneroka topik secara aktif.
Guru minta pelajar cari maklumat tentang kitar semula melalui laman web interaktif atau video YouTube.
Fasa melaksana projek atau tugasan.
Pelajar menggunakan Canva atau Plickers untuk cipta poster atau kuiz tentang kepentingan kitar semula.
Fasa menilai kefahaman pelajar dan keberkesanan pengajaran.
Pelajar jawab kuiz di Quizizz atau Kahoot untuk uji kefahaman mereka. Guru beri maklum balas segera.
Klik pada setiap kad untuk lihat contohnya!
Teknologi digunakan sebagai alat untuk membantu pelajar.
Pelajar guna perisian seperti Microsoft Word atau Google Docs untuk taip laporan atau karangan.
Teknologi berfungsi sebagai tutor yang membimbing dan memberi maklum balas.
Pelajar belajar subjek matematik menggunakan aplikasi Khan Academy atau Duolingo yang ada kuiz dan maklum balas automatik.
Pelajar mengajar teknologi atau memprogramkannya.
Pelajar gunakan Scratch untuk mencipta animasi atau permainan ringkas.
Klik pada setiap kad untuk lihat contohnya!
Tugasan meniru atau mengulangi maklumat yang diberikan.
Pelajar guna Google Slides untuk buat semula (replicate) peta minda yang diberi oleh guru.
Tugasan mengolah semula maklumat dengan cara yang berbeza.
Pelajar guna perisian video editing seperti CapCut untuk edit video dokumentari yang telah diberi.
Tugasan menghubung kait maklumat baru dengan pengalaman peribadi atau isu semasa.
Pelajar cipta video TikTok yang kaitkan topik sejarah dengan kehidupan seharian mereka.
Anda sudah kenal Model 3E 3T 3R. Semoga ia bantu anda merancang pengajaran yang lebih berkesan!